Pendaftaran Akaun Transformasi Madani @ Komuniti Madani

9 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Mac 2025, Staff NADI telah berkerjasama dengan JAPEN dalam menjayakan Program Komuniti Madani di NADI Kg Surau. Tujuan program ini diadakan adalah untuk merapatkan jaringan antara NADI dan komuniti luar bandar agar tetap mendapat informasi terkini dan tidak ketinggalan dalam dunia internet yang sedang berkembang maju.

Selain itu, program ini juga membantu komuniti untuk membuat pendaftaran akaun Jati Madani agar segala maklumat dan aktiviti terkini dapat diketahui melalui aplikasi tersebut.

Dengan adanya program seperti ini, ianya mampu memberikan pengetahuan kepada staff tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, staff juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staff NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali